Wednesday, December 11, 2013

Ubah. Berubah. Perubahan.


Assalamualaikum


Aku minta maaf je la aku ni macam suka sgt nak menganaktirikan blog picisan ni. Padahal tak tau pun cem mana feeling bila ada anak tu.Bahahaha. Tak lawak pun kan? 

So, jom tukar topik. Aku ni memang da lama sgt nak berhijrah. Bukan berhijrah ke luar negara ye korang. Tak mampu aku. Maklumlah gaji ciput. T_T.

Ahahaha,aku mula keluar dari kepompong lama. Ibarat rama-rama la ceriternyeee.



Ini cerita hari pertama. Pepagi lagi aku da posing depan tangga rumah sewa aku.Eceh mengadanya.

InsyaALLAH, aku suka perubahan ni. Rasanya orang lain pun akan suka kan? Apa la aku ni. Cerita pasal aku dah mula bertudung pun nak dikisahkan. Orang lain pakai purdah tak bising pun. Jawapannya entah la aku rasa kelainan. Doakan aku sentiasa ikhlas ya. Amin.




Ni semasa hari kedua. Arini da masuk ari ketiga. Rupanya, perubahan ni best. Ada hikmah dan kelebihan yg kita dapat. Antaranya, orang lebih hormat dan bersangka baik kepada kita. Sebelum ni, aku memang jenis open sikit. Tapi malas la nak cerita hal lalu kan. Ramai juga la yg tanya apasal tiba-tiba berubah? Bukan 3 ari lepas masih s#@%! ke? 

Aku: Dah sampai seru.Alhamdulillah.

Bukan apa selama ni pun ramai juga yg salah faham menyangka aku ni beragama lain. Maybe becoz muka aku yg macam sino (maksudnya berdarah kacukan Cina/Kadazan/Dusun). Walhal,cewah nak bahasa baku sgt.. Aku ni orang Sabahan. Masih berdarah asli bugis. Tapi bukan PTI ya.Ehehehe.

So,ari pun da nak gelap ni. Nak sambung kerja aku dulu ya. Maafkan daku kerana entri kali ni membosankan tahap gaban. Bye korang.


Nukilan Sang Ratu : Doakan aku. Tegur aku bila perlu.  Pimpin tanganku
                               

4 comments:

Akupenghibur.com said...

alhamdulilah ,..semoga istiqamah dalam perubahan yang di lakukan

Unknown said...

@Aku Penghibur

InsyaAllah. Semoga sentiasa mendapat hidayahNya.Amin.

Nadratul Syazwana said...

In Shaa Allah.. Berubah sikit-sikit kann :)

Unknown said...

@Nadratul Syazwana

InsyaALLAH. AMIN. Ya,yg ptg niat kan?