Wednesday, December 11, 2013

Ubah. Berubah. Perubahan.


Assalamualaikum


Aku minta maaf je la aku ni macam suka sgt nak menganaktirikan blog picisan ni. Padahal tak tau pun cem mana feeling bila ada anak tu.Bahahaha. Tak lawak pun kan? 

So, jom tukar topik. Aku ni memang da lama sgt nak berhijrah. Bukan berhijrah ke luar negara ye korang. Tak mampu aku. Maklumlah gaji ciput. T_T.

Ahahaha,aku mula keluar dari kepompong lama. Ibarat rama-rama la ceriternyeee.



Ini cerita hari pertama. Pepagi lagi aku da posing depan tangga rumah sewa aku.Eceh mengadanya.

InsyaALLAH, aku suka perubahan ni. Rasanya orang lain pun akan suka kan? Apa la aku ni. Cerita pasal aku dah mula bertudung pun nak dikisahkan. Orang lain pakai purdah tak bising pun. Jawapannya entah la aku rasa kelainan. Doakan aku sentiasa ikhlas ya. Amin.




Ni semasa hari kedua. Arini da masuk ari ketiga. Rupanya, perubahan ni best. Ada hikmah dan kelebihan yg kita dapat. Antaranya, orang lebih hormat dan bersangka baik kepada kita. Sebelum ni, aku memang jenis open sikit. Tapi malas la nak cerita hal lalu kan. Ramai juga la yg tanya apasal tiba-tiba berubah? Bukan 3 ari lepas masih s#@%! ke? 

Aku: Dah sampai seru.Alhamdulillah.

Bukan apa selama ni pun ramai juga yg salah faham menyangka aku ni beragama lain. Maybe becoz muka aku yg macam sino (maksudnya berdarah kacukan Cina/Kadazan/Dusun). Walhal,cewah nak bahasa baku sgt.. Aku ni orang Sabahan. Masih berdarah asli bugis. Tapi bukan PTI ya.Ehehehe.

So,ari pun da nak gelap ni. Nak sambung kerja aku dulu ya. Maafkan daku kerana entri kali ni membosankan tahap gaban. Bye korang.


Nukilan Sang Ratu : Doakan aku. Tegur aku bila perlu.  Pimpin tanganku
                               

Friday, December 06, 2013

Noktah. Titik.



Assalamualaikum...



Memang sudah diberi nama hati,
Jika tak mencinta pasti hati mati.

Tapi sudah jadi suratan,
Cinta kita berbeza terpisah lautan.

Memang sudah bernada hampa,
Tapi masih ku diam dan menanti,
Tapi akhirnya ku rasa tiba masa, 
Disini ku noktahkan janji.

Ku harap kau ketemu yang lain,
Insan yang boleh kau pusingkan hati,
Ikut telunjukmu nanti.
Pastinya tak ingin ku biarkan kau menjadi anarki,
Sentiasa beraja di hati,
Sedangkan aku sudah lama tersepi.



Nukilan Sang Ratu : Sudah tiba saatnya. Noktah ku tanda.


Tuesday, December 03, 2013

Anneyonghaseyo!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM




Dah lama aku menghilang,akhirnya aku kembali. Kadang rindu menyepi. Tapi apa-apa pun anggap la aku seorang blogger baru. Walaupun hakikatnya tidak.bahahahaha.







Dengan rasminya selamat berkenalan semua. Jangan malu dan jangan segan tau nak komen kat blog aku yang tak seberapa ni. Maaf entri pertama memang akan selalunya membosankan.Muahahaha..


"Kadang kita terlalu lama melihat pada pintu yang tertutup, sehingga buta mata untuk melihat pada pintu yang sedia terbuka."


Nukilan Sang Ratu: Masalahnya apa kaitan kata-kata di akhir entri ni dgn post pertama aku
                                   ni?Eh.