Monday, February 17, 2014

Sahabatku Gila Fotografi



Assalamualaikum


 Dalam hidup ni kita masing-masing pasti ada sahabat karib kan a.k.a BFF? Tak kira la kita cuma ada seorang atau mungkin juga lebih sahabat karib. Baru aku perasan kenapa intro post ini sudah melebihi tahap skema. Dah macam karangan budak PMR pulak. Eh lupa PMR dah mansuh...~Teehee..

Ni ha aku nak story tentang seorang kawan baik aku ni. Kitorang memang da lama berkawan. Panggilan manja dia Eyma. Seperti yang kita semua tahu, kadang-kadang perbezaan antara 2 insan pun boleh membuat manusia mencari titik persamaan. Dia memang minat fotografi. Aku pula memang minat bergambar dan memodelkan diriku. Ya biarpun aku tahu aku tak ada bakat dan tak ada rupa pun untuk menjadi model. Bahahaha. Sesi gelakkan diri sendiri sudah tiba.  











Ha ni dia antara hasil kerja kawan aku. Aku seriously memang support dia 200%. Sebenarnya banyak lagi yang dia kena belajar. Cewah aku memandai je nak komen cenggitu. Walhal aku ni tak ada bakat seni pun.Teehee. Aku harap pada para sifu yang perasan dan suka karya dia dapat beri komen dan support karya dia. Kerjasama anda amat dialu-alukan.


Jom layan karya dia.


















Aku sayang kat dia as BFF aku. Sebab tu aku nak sangat support apa yang dia buat. Aku harap korang boleh la singggah like dan nikmati karya dia.



Singgah jangan tak singgah tau. Dan selalulah datang lawat blog picisan aku ni. Maafkan hamba andai entry ini amatlah memboringgan wahai pembaca blog. Hamba budak baru belajar.


p/s: Sekarang adalah mood  skema. Ye tak? Maklumlah pagi isnin. Teehee.