Saturday, January 11, 2014

Aku.



Assalamualaikum..






AKU

Aku.
Penulis kalam dan madah.
Puisi-puisi indah.
Sebagai santapan jiwa.



Insan biasa.
Hina dipendekkan kata.
Masih bergelumang noda dan dosa.
Masih mencari arah lurus.
Cuba membina tiang yang teguh.
Dalam menampal hati nan rapuh.



Aku.
Menulis itu cerminan diri.
Maaf ini bukan konfrantasi.
Bukan juga menagih kontroversi.
Cuma deklamasi sebuah hati.
Bentuk puisi.
Ya,cuma sebuah deklamasi hati.
Kerana ini aku,empunya hati yang mati.



NUKILAN: #ISABELLA_SOFIAELENA